page kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan
KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (tiga kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM2,000 kepada peserta dari Universiti Sains Malaysia setelah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Akhir Pesta Pantun Bestari 2011 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini, hari ini.
read more :
berita dari BERNAMA
07 Mac, 2011 00:34 AM
USM Juara Pesta Pantun Bistari 2011
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang muncul juara Pesta Pantun Bistari 2011, menewaskan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM2,000.
Perserta dari USM Nurul Sazalina Zainuddin turut memenangi kategori pemantun terbaik, manakala Universiti Malaysia Perlis menduduki tempat ketiga.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyampaikan hadiah pada pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kesenian dan Kreatif, Kolej Kediaman Keempat UM dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di sini Ahad malam.
Turut hadir isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UM Prof Datuk Dr Mohd Jamil Maah.
Terdahulu Rais dalam ucapannya berkata usaha yang dilakukan oleh UM itu amat dihargai, selaras dengan usaha kementerian untuk memartabatkan budaya bangsa.
Katanya bagi menyemarakkan lagi usaha itu kementerian menetapkan tahun 2011 sebagai tahun mencari bakat-bakat dari sudut kebudayaan di kalangan universiti-universiti di bawah kelolaan kerajaan.
"Dengan anggaran 20 buah universiti yang ditadbir kerajaan pusat kementerian akan mencari dan menonjolkan keunikan bakat-bakat kebudayaaan seperti dalam berpantun, bahasa tradisional serta permainan gamelan yang dinyanyikan.
-- BERNAMA

petikan berita dari utusan malaysia
from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
KUALA LUMPUR 7 Mac - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mulai tahun ini akan menyiarkan bakat kesenian mahasiswa sebagai program selingan di dalam siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kementeriannya akan mengetengahkan bakat mahasiswa di setiap 20 universiti awam terutamanya dalam bidang pantun dan bakat kesenian lain seperti persembahan gamelan.
''Ini akan memberi peluang kepada mereka di samping kita dapat mencari pengganti supaya seni budaya tetap kita kendong dan pertahankan bersama.
"Bakat seperti ini harus kita paparkan dan selitkan dalam siaran RTM," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Pantun Bestari 2011 di Universiti Malaya (UM) di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Rais turut menyumbang sebanyak RM6,000 sebagai bantuan pentadbiran untuk penganjuran Pesta Pantun Bestari.
Pada majlis itu, Universiti Sains Malaysia (USM) muncul johan pertandingan dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, piala iringan, sijil dan cenderamata.
Tempat kedua pula disandang oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan tempat ketiga dimenangi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
=zap=
No comments:
Post a Comment