TeMaN..

Wednesday, March 30, 2011

from utusan malaysia on9... [PERLIS - AMARAN BANJIR]


Amaran banjir besar di Perlis

29/03/2011 8:21pm



KANGAR 29 Mac – Kerajaan negeri mengeluarkan amaran berjaga-jaga kemungkinan berlaku banjir besar di negeri ini berikutan hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam sehingga hari ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, setakat petang ini tujuh keluarga telah dipindahkan iaitu tiga keluarga di Kampung Syed Omar, Bintong dan empat keluarga dari Kampung Tok Kandang di sini telah dipindahkan ke surau berhampiran berikutan rumah masing-masing dinaiki air.

READ MORE UTUSAN MALAYSIA [BERITA BANJIR]

Tuesday, March 29, 2011

AMARAN BANJIR DI PERLIS

MEMO DARI ADMIN KOLEJ KEDIAMAN



AMARAN BANJIR & PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR.MOHON
PERHATIAN SEMUA PELAJAR KKD.

Memandangkan sudah 24 jam hujan turun tanpa henti dan beberapa kawasan sudah mula dinaiki air, para pelajar diingatkan untuk bersiap sedia bagi menghadapi bencana ini :

1. KURANGKAN PERGERAKAN KELUAR DENGAN MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI.
2. PELAJAR-PELAJAR DIGALAK UNTUK MENAIKI BAS UNIMAP UNTUK KE KULIAh DAN LAB BAGI MENGELAKKAN ANDA TERSEKAT DI DALAM MUSIBAH BANJIR DAN KEMALANGAN JALANRAYA.
3. PASTIKAN SEMUA DOKUMEN-DOKUMEN PENTING DISIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT DAN MUDAH DICARI CONTOHNYa SEPERTI KAD PENGENALAN/LESEN/SIJIL/DOKUMEN PERUBATAN DAN LAIN-LAIN.
4. BARANG-BARANG PENTING HENDAKLAH DISIMPAN DITEMPAT YANG SELAMAT .
5. PASTIKAN PINTU RUMAH DAN BILIK DIKUNCI UNTUK MENGELAKKAN KES KECURIAN.
6. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI WANG TUNAI YANG MENCUKUPI DI DALAM TANGAN UNTUK MEMBELI BARANG-BARANG MAKANAN DAN KEPERLUAN YANG LAIN.
7. SEDIA LILIN/LAMPU SULUH DAN TADAH AIR DI DALAM BALDI.KEMUNGKINAN BESAR SUMBER AIR DAN ELEKTRIK AKAN DITUTUP KETIKA BANJIR.
8. TUTUP SUIS ELEKTRIK APABILA TIDAK DIGUNAKAN.
9. PASTIKAN BEKALAN MAKANAN MENCUKUPI SEPERTI MAGGI, BISKUT, ROTI, MINUMAN SEGERA DAN LAIN-LAIN.PIHAK PENGURUSAN PEJABAT PENGETUA AKAN MEMASTIKAN KAFETERIA AKAN DIBUKA JIKA BERLAKU BANJIR.
10. PASTIKAN KREDIT HP MENCUKUPI UNTUK HUBUNGI KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN.

BERIKUT ADALAH NOMBOR KECEMASAN YANG ANDA BOLEH HUBUNGI JIKA BERLAKU KECEMASAN :

a. EN. MUSTAFA AL BAKRI ABDULLAH (PENGETUA) - 0125055020
b. EN. EZRAL BAHARUDDIN (PENGETUA) - 0195681822
c. PN. UMMI NAZAHIAH ABDULLAH (PENGETUA) - 0134568755
d. EN. AFIZAL OTHMAN (PENGETUA) - 0124300652
e. EN. IRHAMUDDIN MANSOR (PEN.PENGETUA KKD) - 013-5904852
f. EN. SHAIFUL ASHRUL ISHAK (PEN. PENGETUA KKD) -019-2455019
g. PN SITI HAJAR KAMALUDIN (PEN. PENGURUS ASRAMA) -0122475104
h. KLINIK KESIHATAN UNIMAP - 049852627
i. UNIT KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJA - 04-9798354
j. POLIS/BOMBA - 999

SILA LAPORKAN DENGAN SEGERA JIKA TERDAPAT MASALAH.

HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH.










=zap=

Sunday, March 27, 2011

pengalaman baru [ hakim debat rektor uitm arau 2011 ]

1st time 
sepanjang join debat
dilantik menjadi hakim
dijemput oleh club debat uitm arau as hakim jemputan debat bahasa melayu


sepanjang menjadi hakim untuk saringan 1-5 dan separuh akhir.. ape y ak dlm adalah apa sebenarnya pandangan hakim pada apa yang kita hujahkan dan juga bagaimana kadangkala hakim "pening" dengan kata-kata kita....
kadang2 kita rasa kita sudah bgtaw the right thing tp bila berada di kerusi hakim baru aku phm..kadang2 apa y kita cuba sampaikan tidak difahami or ade word/ayat yang tertinggal hingga mencacatkan maksud sesuatu y ingin disampaikn...

[brsambung... nk rest..penat...nnti ak smbung blk ye]

Thursday, March 17, 2011

sekali lagi [blog under contruction]

betul ke ak eja contruction..ah lantaklah

sekali lagi blog ini

dalam penyelengaraan

so berehat seketika


hingga tuan punya blog tidak sibuk














=zap=

Monday, March 7, 2011

petikan berita PASUKAN PANTUN UNIMAP [ke-3 PESTA PANTUN BESTARI UM 2011]

page kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan


KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (tiga kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM2,000 kepada peserta dari Universiti Sains Malaysia setelah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Akhir Pesta Pantun Bestari 2011 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini, hari ini.

read more : 












berita dari BERNAMA


07 Mac, 2011 00:34 AM
USM Juara Pesta Pantun Bistari 2011
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang muncul juara Pesta Pantun Bistari 2011, menewaskan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM2,000.

Perserta dari USM Nurul Sazalina Zainuddin turut memenangi kategori pemantun terbaik, manakala Universiti Malaysia Perlis menduduki tempat ketiga.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyampaikan hadiah pada pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kesenian dan Kreatif, Kolej Kediaman Keempat UM dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di sini Ahad malam.

Turut hadir isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UM Prof Datuk Dr Mohd Jamil Maah.

Terdahulu Rais dalam ucapannya berkata usaha yang dilakukan oleh UM itu amat dihargai, selaras dengan usaha kementerian untuk memartabatkan budaya bangsa.

Katanya bagi menyemarakkan lagi usaha itu kementerian menetapkan tahun 2011 sebagai tahun mencari bakat-bakat dari sudut kebudayaan di kalangan universiti-universiti di bawah kelolaan kerajaan.

"Dengan anggaran 20 buah universiti yang ditadbir kerajaan pusat kementerian akan mencari dan menonjolkan keunikan bakat-bakat kebudayaaan seperti dalam berpantun, bahasa tradisional serta permainan gamelan yang dinyanyikan.

-- BERNAMA










petikan berita dari utusan malaysia


from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm








KUALA LUMPUR 7 Mac - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mulai tahun ini akan menyiarkan bakat kesenian mahasiswa sebagai program selingan di dalam siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kementeriannya akan mengetengahkan bakat mahasiswa di setiap 20 universiti awam terutamanya dalam bidang pantun dan bakat kesenian lain seperti persembahan gamelan.
''Ini akan memberi peluang kepada mereka di samping kita dapat mencari pengganti supaya seni budaya tetap kita kendong dan pertahankan bersama.
"Bakat seperti ini harus kita paparkan dan selitkan dalam siaran RTM," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Pantun Bestari 2011 di Universiti Malaya (UM) di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Rais turut menyumbang sebanyak RM6,000 sebagai bantuan pentadbiran untuk penganjuran Pesta Pantun Bestari.
Pada majlis itu, Universiti Sains Malaysia (USM) muncul johan pertandingan dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, piala iringan, sijil dan cenderamata.
Tempat kedua pula disandang oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan tempat ketiga dimenangi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).



















































=zap=


GAMBAR HARI INI..[tempat ke 3 pesta pantun bestari um 2011]



















=zap=

Tuesday, March 1, 2011

GAMBAR HARI INI.. [ PENGACARA UNIMAP vs PENGACARA TV3]



comentator UNIMAP sempena MALAYSIA UNIVERSITY ROBOT COMPETITION [muroc 2011] bersama TOP HOST TV3 zaim iskandar









=zap=