TeMaN..

Friday, January 28, 2011

[JOKE]Lelaki kena kawen 3 br ok???


Seorang lelaki sedang mencari helah untuk membolehkannya berkawen lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri...

Suami : Lelaki kalau kawen 3 br la SAH!

Isteri : Npe lak?

Suami : Cuba awak terjemah dalam bahasa Inggeris, satu is "one", dua is "two", tiga is "three" (isteri). Ha, br btol dan sah!

Isteri : Tapi abg kn fhm grammar bahasa Inggeris terutama tentang  "singular" dan "plural".

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : satu kan "singular", dua atau lbeh dinamakan "plural".

Suami : Contohnya?

Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah "singular", kte kn ckp "one car". Kalau dua kereta, jd "two cars" sebagai "plural". Nampak tak ape bezanya?.

Suami : Owh...tambah "s" untuk yg "plural" kn?

Isteri : Ha..pandai pown abg. So, sama la untuk dengan abg.

Suami : Huish!Macam mana bleh sama lak?

Isteri : Satu isteri adalah "SINGULAR" jadi abg MAMPU. Jika dua atau lebih isteri dah jd "PLURAL", bang..Maka tambah aje "s". Abg MAMPUS kalau nak dua atau lbeh isteri.

Selepas dari itu, si suami tidak pernah menyatakan hasratnya untuk berkawen lagi kepada sang isteri.....

Tuesday, January 25, 2011

SULAMAN KATA..

Kalau Sayang Jangan Sayang Sangat...,
Nanti Habis Sayang Akan Jadi Benci...,
Kalau Benci Jangan Benci Sangat...,
Nanti Habis Benci Akan Jadi Sayang.

DOA dan ZIKIR








































=zap=

Sunday, January 23, 2011

INI PERMAINAN BUDAK2 PERLIS


td de my fwen bwk masuk kg kt kuala perlis
lupe plak nama kg tu
then tgk de bdk2 tengah tangkap animal
like mengkarung
lupe plak ape nama dia
n ble ask tuk ape
depa ckp
tuk lawan2

selamat menonton
see this pic


































=zap=

Dalam masa 5 hari sampah Malaysia sebesar Perlis!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm



KUALA LUMPUR 22 Jan. - Mungkin ramai yang terkejut apabila membaca tajuk di atas, namun itulah dilema yang dialami negara ini. Sampah yang dihasilkan dalam tempoh lima hari sahaja boleh menutupi seluruh negeri di utara tanah air itu jika ia dikumpul dan diratakan.
Dalam setahun pula, bukan sahaja boleh memenuhi negeri Pahang bahkan juga separuh daripada keluasan Semenanjung Malaysia.
Ia adalah hasil yang 'disumbangkan' oleh penduduk negara yang berjumlah kira-kira 28 juta orang ketika ini.
'Sumbangan' tersebut membabitkan 30,000 tan sampah yang dibuang oleh isi rumah sehari atau 10,950,000 tan sampah dalam setahun.
Jumlah itu bersamaan dengan meletakkan sebanyak 30,000 lori berkapasiti satu tan di jalan raya sepanjang 90 kilometer sehari atau sejauh 32,850 kilometer selama setahun.
Jika setiap lori satu tan dianggarkan mempunyai panjang tiga meter dan lebar adalah dua meter maka luas lori tersebut adalah enam meter persegi atau 0.006 kilometer persegi.
Jika terdapat 30,000 buah lori, ia bersamaan dengan 180 kilometer persegi iaitu hampir menyamai luas 22 padang bola sepak berukuran antarabangsa.
Dalam tempoh lima hari sahaja ia boleh menutupi keseluruhan negeri Perlis yang berkeluasan 810 kilometer persegi.
Statistik dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam menunjukkan bagi 2008 sahaja, jumlah sampah domestik bagi Kuala Lumpur dan Selangor adalah sebanyak 1,841,372 tan.
Jumlah itu terus meningkat kepada 1,919,529 tan sampah pada 2009. Trend peningkatan itu terus berlaku memandangkan pertambahan isi rumah termasuk kehadiran pendatang asing yang kini dianggarkan berjumlah tiga juta orang.
Malangnya, masih ramai rakyat negara ini tidak memandang serius mengenai kepentingan membuang sampah serta mempraktikkan kitar semula bagi menjaga kebersihan alam sekitar.
Sebagai contoh, sekiranya terdapat 3,000 orang membuang plastik pembungkus gula-gula pada satu-satu masa, ia boleh menutupi sebuah gelanggang badminton.
Dalam masa sejam sahaja, ia mampu memenuhi sebuah padang bola sepak. Bagaimana jika seminggu, sebulan dan seterusnya setahun?
Masalah ini boleh dielakkan jika masyarakat sedar perlunya mereka membuang sampah di tempat yang disediakan bagi menjaga kebersihan apatah lagi plastik merupakan bahan yang sukar untuk dilupuskan.
Justeru setiap individu perlu mengetahui cara untuk mengurangkan pembuangan sampah dengan menjalankan aktiviti kitar semula.
Mahatma Gandhi pernah berkata: ''Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita tetapi meminjamnya daripada generasi yang akan datang".
Maka, jangan kecewa jika kegagalan menjalankan tanggungjawab, membuka ruang kepada generasi akan datang menyalahkan kita.

Saturday, January 22, 2011

PAPE TANDO





kalau hari tu pic fesbuk klate




now




signboard plak










Ni klu kt airport
































.


.



.
=zap=


Friday, January 21, 2011

MISI SETERUSNYA



akan bertandang ke






Pertandingan pantun antara IPT seluruh Malaysia. Anjuran Kolej Kediaman Keempat (Bestari), Universiti Malaya. Dianjurkan sejak tahun 2008 dan akan diteruskan pada tahun 2011.

Tarikh:
3 Mac 2011 - Makan Malam Pengenalan
4 - 6 Mac 2011 - Saringan
6 Mac 2011 - Pertandingan akhir

Tempat:
Akademi Pengajian Melayu dan Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.



TEMA



PERSOALAN
ADAKAH AS PEMANTUN??
OR AS PEGAWAI??

TUNGGU SAJA...

=zap=

Monday, January 17, 2011

REHAT DAN RAWAT

NOTIS!!

BLOG INI BERHENTI SEKETIKA
UNTUK
MEMBERI RUANG
PENYELENGGARAAN


















=ZAP=

Monday, January 10, 2011

AJL 25 [ sikit rumusan ]

kesimpulannya banyak persamaan yang ada untuk show malam tadi..
tak tahu la siapa tiru siapa

1] harus ada sangkar kt atas stage.. ana rafali menang tuk kategori sangkar sebab guna 2 sedangkan FT juz 1 jek





2] harus ada tembak-tembak... hafiz menang sebab lepas kene tembak stil lagi boleh nyanyi dan siap tukar baju lagi..




3] dua persalinan aka tukar baju... ana rafali tukar kat atas stage jek.. hafiz plak buat blakang stage..






4] mcm show raya cina pown ada. merah jek sume pakai tahun nie..



2] pic pokok







Lain2 adegan yang ade
- kene tampar
- usap perut
-bergayut dekat buai
-terjun dalam air
-ada pokok atas stage
-dll



pemenang kita pada AJL 25







KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafali berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.


Menerusi kemenangan itu juga, lagu ciptaan dan lirik oleh Ana sendiri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi. 


Tempat kedua pula dimenangi lagu Drama King dendangan Black dan Meet Uncle Hussain yang berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi. 

Tempat ketiga pula dimenangi lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Kalam. Lagu dendangan Hafiz itu memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.




Lagu sama membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, Faizal Tahir menang kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Hanyut dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Antara lagu lain yang bertanding pada AJL25 kali ini ialah Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir, Black (Sofea Jane), A.P.I (Pelita), Yuna (Cinta Sempurna), Hujan (Mencari Konklusi), Bunkface (Extravaganza), Tomok (Berlari), Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan), Adira (Ku Ada Kamu), Stacy (Jahat).  "


























=ZAP=

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari




Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita





























=zap=

Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)




Malam yang penuh debaran bagi penggiat industri muzik tanah air bakal menjelma kembali! 14 buah lagu terhebat hasil karya dan garapan komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat dalam Anugerah Juara Lagu 25. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 25? 
Tunggu detiknya pada malam ini
...


5 hadiah pada malam ini.. siapakah yang akan membolotnya pada malam ini... sama-sama kita nantikan detiknya

-Juara AJL
-Naib Juara AJL
-Tempat ketiga AJL
-Persembahan Terbaik
-Vokal Terbaik



Ini adalah senarai finalis anugerah juara lagu



1. Selamat Malam - Audi Mok/Faizal Tahir
2. Drama King - Taja/Teja/Meet Uncle Hussein
3. Pelita - Loque/Api
4. Sofea Jane - Iswandy/Sham/Black Mentor
5. Kebahagian Dalam Perpisahan - Edry/Shahir
6. Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali
7. Ku Ada Kamu - Edry/Adira
8. Noktah Cinta - Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz
9. Cinta Sempurna - Yuna
10. Hanyut - Audi Mok/Faizal Tahir
11. Ekstravaganza - Sam/Bunkface
12. Mencari Konklusi - Noh/Hujan
13. Jahat - Edry/Stacy
14. Berlari - Sazzy Ishak/Tomok



dan
lagu pilihan penulis pula




lagu nie ada sesuatu disebaliknya..susunan muzik..lantunan suara..melodi..kalau malam ni yuna mampu untuk masukkan jiwa dalam lagu nie sure meremang bulu roma.. huhu ape2 pown gud luck yuna.. 1show malam nie..























=zap=



Friday, January 7, 2011

Bloggist Istimewa untuk Blogger baruu :)


Ahsfantasy24.com ingin menjejaki blogger baru, khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah walau dah bertahun, tapi kadang-kadang tetap baru kan bila tak ramai yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang punya follower yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding mereka, berusahalah.



Sebagai penutup 2010 ni, Ahsfantasy24.com berhasrat nak himpunkan blogger yang mempunyai follower yang kurang daripada 300 orang follower. Saya telah membina http://gengbloggerbaru.blogspot.com/ untuk diisikan oleh blogger baru yang bertujuan bagi menaikkan trafik dan meningkatkan follower mereka. Mahu sertai? Ikuti syarat yang berikut:
  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke ;http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/bloglist-istimewa-untuk-blogger-baru.html
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi;
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong.

then NAZRUL AZIZ nak tag


http://kghie.blogspot.com/

http://irsya-lifeworkdreamhopepraysuccess.blogspot.com/

http://jumapx.blogspot.com/




=zap=

Thursday, January 6, 2011

SYAUQI BLANJA KEK


MLM NI
COKI BNJE KEK
TU JEK NK CKP
THANX
(*_*)
















=ZAP=

AL-FATIHAH

hari ini 6 january 2011
genap 2 tahun pemergian my luvly grandpa 
semoga tuhan merahmati roh beliau

Wednesday, January 5, 2011

plez click this my dear fren

http://malaysia.youthsays.com/nazrulaziz/invite

haha

ok daus
ciap promote kamu nyer banner lg

ok daus

Manusia boleh berubah (=_=")


“Memanglah. Manusia memang boleh berubah”
Ya. Kita memang tahu. Ini memang pengetahuan am. Tetapi siapakah yang merasai betapa besarnya satu-satu ‘perubahan’ itu?
Di dalam hidup ini, ada satu garisan yang membahagikan kita kepada dua kumpulan.
Baik dan buruk.
Kita jangan sesekali lupa, bahawa seseorang manusia itu boleh berubah dari buruk kepada baik.
Dan kita juga jangan sesekali lupa, bahawa seseorang manusia itu boleh berubah sebaliknya.
Dari baik kepada buruk.


Manusia boleh berubah 1: Buruk kepada baik
Kita selalu lupa kenyataan ini. Lupa dalam amal dan perbuatan, lupa dalam minda dan akal fikiran, lupa dalam hati dan jiwa.Mungkin satu waktu dahulu kita kenal Si A. Dia ada banyak perkara negatif di dalam dirinya. Kita tidak suka Si A pada suatu masa dahulu. Tetapi lama waktu berlalu, kita berjumpa semula dengan Si A. Si A berbeza daripada dahulu. Dia sudah berubah. Walaupun mungkin bukan 100%, tetapi dia menunjukkan perubahan.
Tetapi kita sukar menerimanya.
“eleh, berlakon je kut”
“Ah, dulu punya luka masih besar lagi!”
“Ini silap haribulan sekejap je ni”
Ayat-ayat begitulah yang keluar dari hati.
Akhirnya virus ini merebak ke dalam kehidupan. Kita tidak menghayati perubahan Si A. Kita tidak merasai betapa sukarnya dia hendak melakukan perubahan. Kita tidak tahu mungkin betapa menyesalnya Si A dengan kehidupannya yang lalu. Kita tidak tahu mungkin betapa dia bermati-matian untuk membawa dirinya ke arah apa yang dia sedang pijak hari ini.
Lebih buruk lagi, oleh kerana tidak puas hatinya kita kepada Si A, dan rasa macam tak puas hati dengan perubahan yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, lebih-lebih lagi apabila Si A muncul menonjol luar dari apa yang kita mungkin boleh jangkai, kita mula mencari mana lagi salah-salah Si A yang boleh dieksploitasi.
Di sinilah akhirnya yang sekecil kuman pun dibesarkan sebesar gajah. Dosa-dosa lama diungkit seakan baru. Salah faham yang mungkin berlaku dalam komunikasi, kehidupan Si A, dibesar-besarkan seakan ia adalah satu perkara yang ‘betul faham’. Dan apa-apa sahaja cerita buruk yang di’dengari’ dari orang lain akan Si A, dijaja seluruh dunia seakan benar.
Ini adalah penyakit.
Penyakit kerana kita tidak menyedari, bahawa manusia itu boleh berubah.

Manusia boleh berubah 2: Baik kepada buruk
Kita juga kadangkala selalu melupakan perkara ini. Kita lupa bahawa Allah itu mampu menurunkan seseorang yang baik, menjadi seorang yang buruk. Mungkin dahulu solat, sekarang tidak. Mungkin dahulu ada hubungan dengan Allah, sekarang tidak. Banyak lagi.
Kelupaan kita terhadap perkara inilah, yang membuatkan kita senang memandang hina kepada mereka yang bergelumang di dalam dosa dan keburukan. Kelupaan kita akan perkara inilah, yang membuatkan kita mudah menyatakan orang lain masuk neraka, kafir dan sebagainya. Kita boikot orang-orang berdosa dan mengumpat cerca mereka.
Ya, mungkin hari ini kita ada nikmat iman dan nikmat Islam.
Tetapi kita punya kah?
Sepatutnya, kesyukuran kita ini mendapat nikmat iman dan Islam, perlu ditunjukkan dengan menyebarkannya dengan lebih jauh dan lebih ramai lagi. Bukannya menyedikitkannya dengan menyatakan orang-orang lain masuk neraka atau kafir atau tak ada harapan atau dah terjerumus.
Maka sepatutnya kita tidak merasakan bahawa diri ini sudah berada di dalam comfort zone. Rasa keimanan kita sudah cukup. Rasa Islam kita sudah bagus. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, tetapi lihatlah berapa banyak dosa yang masih belum kita selesaikan. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran.
Kita sepatutnya melihat di sekeliling kita.
Mungkin ramai sahaja, orang-orang yang mendapat didikan agama, tetapi tidak mengaplikasikannya. Mungkin ramai sahaja, orang yang dahulunya ikut usrah, tapi kini perangai entah apa-apa. Mungkin ada pengalaman kita, orang yang dahulu bertudung, sekarang boleh dedah sampai ke paras dada dan pakai ketat-ketat.
Sepatutnya, kita bersyukur dengan kebaikan kita, dan berusaha untuk menambahnya dalam rangka menghargainya. Dan syukur kita, kita lepaskan dalam bentuk mengajak lebih ramai lagi orang lain untuk berada dalam lingkungan keredhaan Allah.
Bukannya kita tunjukkan dengan mencerca mereka yang diuji pula!

Manusia boleh berubah 3: Turun dan naik
Satu lagi kenyataan yang perlu diperhatikan. Bahawa manusia itu ada turun dan ada naiknya.
Mungkin kita ada sahabat, awal perkenalan kita kenal bagus. Kemudian tiba-tiba di tengah perkenalan kita, sahabat kita tiba-tiba melakukan sesuatu yang tidak enak di mata kita seperti bercouple dan sebagainya.
Apakah biasanya tindakan kita?
Ada kalangan kita yang merupakan ekstrimis, terus memboikot mereka ini, menyatakan bahawa mereka ini tiada harapan, dan kita cerca mereka dengan berbagai cercaan.
Apabila sahabat kita ini melakukan perubahan, kita tidak menerima mereka. Kononnya kepercayaan telah dikhianati dan sebagainya. Kita tidak mengerti betapa susahnya dia diuji sedemikian. Kadangkala, manusia yang terjerumus ini, bukan dengan kehendaknya. Dia terperangkap. Mungkin terperangkap atas unsur orang lain, dan ada juga yang terperangkap kerana sebelumnya dia ingat boleh.
Janganlah kata dia budak agama, takkan dia tak tahu. Janganlah kata dia anak murid orang hebat, takkanlah dia tak tahu. Habis, Ka’ab bin Malik itu sahabat Rasulullah, takkan dia tak tahu tak pergi perang tu salah? Abu Dzar Al-Ghifari itu sahabat Rasulullah, takkan dia tak tahu memanggil Bilal bin Rabah sebagai ‘anak hitam’ itu salah?
Di sinilah kita perlu memahami. Bahawa manusia itu ada turun dan naiknya. Mereka ini diuji. Mungkin kita belum diuji.
Jadi peranan kita, adalah memberikan sokongan dan dorongan agar mereka mampu melepasi ujian itu. Agar nanti, saat waktu kita pula diuji, moga-moga Allah mempermudahkan urusan kita pula.

Penutup: Berdoalah supaya kita serta orang lain berubah ke arah kebaikan, dan sentiasa muhasabah
Moga-moga, perubahan-perubahan yang Allah berikan kepada kita dalam kehidupan ini hanyalah kehidupan ke arah kebaikan semata-mata. Moga-moga, Allah mengubah kita dan mengubah manusia di sekeliling kita ke arah kebaikan.
Kita juga kena berusaha agar doa itu menjadi realiti.
Sentiasalah muhasabah dan buatlah banyak checkpoint di dalam kehidupan kita.
Sentiasalah merendah diri, dan merasa kasih sayang kepada orang lain.
Dengan memahami fitrah perubahan inilah, kita akan menghasilkan rasa hendak mengambil berat akan diri dan orang lain. Dengan memahami perkara inilah, kita akan lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga diri. Dengan memahami perkara inilah, kita akan bergantung lebih kepada Allah SWT.
“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”  Surah Ali-Imran ayat 8.


“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”


Manusia boleh berubah (=_=")

by Haysia Aisyah on Friday, December 24, 2010 at 4:29pm

Sunday, January 2, 2011

KADANGKALA KITA PERLU DIAM SEMBUNYIKAN BICARA PENDAM KATA :'(






                                              اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Nazrul Aziz

teman bicara sama aku.. ubah sikap... berubah usah lantang.. demi menjaga persahabatan dengan orang lain.. biar di hati sakit.. asalkan menjaga susila berteman.. [PERLU DIAM SEMBUNYIKAN BICARA PENDAM KATA.. biar mata dan gerak tubuh yang bicAra]


ini status ku d facebook pada 1/1/2011 jam 12 mlm..
ini juga y akan ku kupaskn pd hari ini..


sblm tu sy minta seseorg tuk baca n fahami..
kita tgk apa kata beliau 

PUAN S : aku baca 5 kali pon x fhm lg naz...
So trpaksa la di terangkan trlebih dahulu kpd dia

  • Nazrul Aziz lps ni.. mulut kne jg.. jgn byk ckp... diam jek.. walaupon de y kita x ske.. xleh nk lahar mcm biasa..
     · 


  • S S ooo.. okey phm. mm bgus jgk.. sekali sekala jadi budak baik. hehe
    · 


  • Nazrul Aziz walaupon trpaksa hipokrit? x jd diri kamu?
     · 


  • S S ade sedikit ruang dibenarkn utk bsuara tp.. dlm keadaan itu.. ade had n tatasusila yg kita perlu ambil kira agar tade pihak yg tguris hati.. mungkin sblum ni kita ikot sedap ati kite jer.. ;)


jadi mari sama-sama kita perhalusi makna kata disebalik status itu...
kita lihat terlebih dahulu apa sebenarnya maksud kata di dalam kurungan itu

[PERLU DIAM SEMBUNYIKAN BICARA PENDAM KATA.. biar mata dan gerak tubuh yang bicAra]

kita pecahkan dahulu mengikut kata
PERLU DIAM
SEMBUNYIKAN BICARA
PENDAM KATA
BIAR MATA DAN GERAK TUBUH YANG BICARA

::perlu diam bukan bermakna bisu, tidak bersuara, tiada bermadah
::sembunyikan bicara bukan bererti bercakap perlahan atau suara tidak di dengar
::pendam kata bukan bermaksud ada bicara tapi tidak terluah

bila mana tika bersahabat.. bicara sama teman.. ada kata yang perlu kita simpan..ada bicara yang tidak perlu kita lafazkan... ada madah yang perlu kita ungkap secara dalaman sahaja..
kadangkala memang pahit untuk kita telan, tapi demi menjaga perhubungan, kita perlu diam seketika, usah bicara dan sekadar melafaz secara monolog dalaman sahaja...
ada teman bicara sama saya, kadangkala perlu menjadi hipokrit, usah terlalu lantang bersuara, memuji bila perlu, "maki" simpan dahulu.

ada juga yang bicara, diam tidak semestinya kita kalah kerna kadangkala diam itu yang menyebabkan kita menang. ramai yang akan menyukai kita dek kerna kita diam..


pernah juga terjadi kita dilontar pelbagai kata, diaju pelbagai persoalan oleh yang lain, tapi diam menjadi jalan penyelesaian yang terbaik agar keadaan itu tidak menjadi berlarutan hingga akhirnya perhubungan menjadi terputus.




ADAT BICARA SESAMA TEMAN:
1.Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2.Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

3.Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

4.Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)

renungan hadis
1.Islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap kondisi.
    2.Tidak memperbanyak pembicaraan yang diperbolehkan, karena hal tersebut dapat menyeret kepada perbuatan yang diharamkan atau yang makruh.



bersambung