TeMaN..

Monday, August 23, 2010

BERPINDAH [kembali ke kampung halaman]

SETELAH hampir 12 tahun merantau di NEGERI PAHANG
kini kami sekeluarga kembali ke kampung halaman tempat asal kami


KELANTAN DARUL NAIM





KELANTAN kini kembali bertambah 6 org penduduk



dan daerah yang bertuah kerana kami sudi menetap di situ adalah
..
...
....
.....
PASIR PUTEH

Pasir Puteh adalah 1 daerah di negeri Kelantan Darul Naim, malaysia.

Jajahan Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Daerah pasir puteh adalah seluas 424 KM Persegi.
Pusat bandar dan pentadbiran daerah Pasir Puteh adalah Bandar Pasir Puteh yang terletak sejauh 35KM ke arah tenggara d Bandar Kota Bharu, Kelantan. Pasir Puteh adalah bandar transit untuk ke Terengganu dan Pahang serta selatan semenanjung malaysia. 
Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.
Daerah pasir puteh kaya dengan hutan lipur, air terjun, bandar moden, perumahan terancang (anti banjir).
Pusat pelancongan di Pasir Puteh :
- Pelabuhan Ikan Tok Bali
- Pantai Bisikan Bayu
- Pantai Tok Bali
- Air Terjun dan Hutan Lipur Jeram Pasu
- Air Terjun dan Hutan Lipur Jeram Mengaji
- Air Terjun dan Hutan Lipur Jeram Linang
Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.
Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Air terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Lepan Rambai lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Pasir Puteh juga tidak kurang istimewanya. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jalan utama yang menghubungkannya ialah Lebuh Raya Timor Barat iaitu dari Wakaf Lichong menghala ke Machang. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga.




1 comment:

Cik Cinta said...

fuyoo pindah balik ke naz..