ke hadapan AWK
saya tahu AWK xkn bc ape y sy coret. tp xpe la.. kot3 tibe2 AWK trgerak ati nk click kt blog sy..
AWK, start dr awal sy kenal AWK, sy dh anggap AWK mcm abg sy.. xlbh n xkurang dr tu.. AWK pon tau kn y sy ni anak lelaki tunggal dlm family...
AWK, sy mengaku byk cr sy wat tuk tarik prhatian AWK.. hingga kadangkala AWK jd salah sangka dgn ape y sy buat kt AWK... sy ngaku kekadang sy ni "ngade2" n "manja" skit ngn AWK.. tp bende tu sume bukan niat ape pown.. juz mau "mesra" mcm adik n abg.. sbb AWK tu dh sy anggap as abg sy..walaupon sy tau AWK mmg xsudi pown jd abg sy..
klu AWK prasan..sbnrnya byk y AWK dh lukakn ati sy..tp sy sbr je..kadang2 sy anggap bende tu xberlaku pown..AWK prasan x, sejak kita kenal, sy xpenah mrh AWK, xpenah "maki" AWK.. sedangkn ngn kwn2 baik sy pown sy "maki" dieorg... tp ngn AWK, sy diam jek.. "berbudi bahasa" je ngn AWK..
klu AWK nk tau.. ati sy kekadang trguris..AWK slalu mungkir jnji... tp sy sedar, siapa sy.. n kita xpenah pown lafazkn y sy n AWK ni "ade hubungan" adik n abg... sy je y "prasan" sorang2..
time sy x layan AWK tu, time tu la sy tgh "sakit ati" ngn AWK... tp awk xtau pown... sbb "diam" sy jap je.. x lama.. lps tu sy cr AWK blk..
sy taw AWK malu kwn ngn sy.. walaupon kadang2 AWK ckp AWK xkisah kwn ngn sy.. tp sy taw AWK malu n segan klu kwn2 AWK tahu kita dua kwn.. tp xpe la.. tu sume x penting... AWK pon ade "maruah" gak kn?
ok la AWK, sy dh ngntok.. klu AWK bc.. n AWK "prasan" surat ni tuk AWK.. AWK bg la respon k
SALAM
=zap=
kadang kala aku tidak percayai kata-kata kerna kita mampu untuk menyusun bait-bait kata indah untuk orang percaya lafaz kalimah kita.. kadang kala aku tidak percaya tulisan pujangga kerna kita bisa untuk mencoret dan mengukir helaian kertas dengan sususan huruf agar menjadi kata-kata indah.. tapi, percaya atau tidak aku juga terpaksa lalui hari-hari dengan menempuh pelbagai kata madah pujangga sususan huruf menjadi ayat... MAKA INI BICARA AKU DALAM MADAH..
TeMaN..
Monday, August 30, 2010
Monday, August 23, 2010
BERPINDAH [kembali ke kampung halaman]
SETELAH hampir 12 tahun merantau di NEGERI PAHANG
kini kami sekeluarga kembali ke kampung halaman tempat asal kami
KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN kini kembali bertambah 6 org penduduk
dan daerah yang bertuah kerana kami sudi menetap di situ adalah
..
...
....
.....
PASIR PUTEH
Pasir Puteh adalah 1 daerah di negeri Kelantan Darul Naim, malaysia.
Jajahan Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).
Daerah pasir puteh adalah seluas 424 KM Persegi.
Pusat bandar dan pentadbiran daerah Pasir Puteh adalah Bandar Pasir Puteh yang terletak sejauh 35KM ke arah tenggara d Bandar Kota Bharu, Kelantan. Pasir Puteh adalah bandar transit untuk ke Terengganu dan Pahang serta selatan semenanjung malaysia.
Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.
Daerah pasir puteh kaya dengan hutan lipur, air terjun, bandar moden, perumahan terancang (anti banjir).
Pusat pelancongan di Pasir Puteh :
- Pelabuhan Ikan Tok Bali
- Pantai Bisikan Bayu
- Pantai Tok Bali
- Air Terjun dan Hutan Lipur Jeram Pasu
- Air Terjun dan Hutan Lipur Jeram Mengaji
- Air Terjun dan Hutan Lipur Jeram Linang
Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.
Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Air terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Lepan Rambai lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Pasir Puteh juga tidak kurang istimewanya. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jalan utama yang menghubungkannya ialah Lebuh Raya Timor Barat iaitu dari Wakaf Lichong menghala ke Machang. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga.
Monday, August 16, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)