TeMaN..

Wednesday, July 28, 2010

SULAMAN KATA.. [pantun menyindir]

dicipta oleh nazrul aziz lynn rahman marissa hassan





sakit bagaikan tertusuk sembilu

mengenang nasib orang tak hendak
resah hatiku mengundang pilu
entah terpilih entahkan tidak



 pilu hatiku sungguh gelisah

gundah rasanya tidak terkira
kami berempat bakal dipisah
si ros pemalas yg punya angkara



pilu hatiku tidak terkata,

kalaulah kaca sudah bersepai,
hati2 dgn post anda,
org kan baca juga menyampai



Marissa Norhasan 
huahhahaha.. 


alang2 memaut dahan, 
biar sakit smpai ke lengan, 
alang2 da buat latihan, 

jangan lah tak jd beri saingan



 naik basikal membawa bekal

ditengah jalan bekalnya tumpah
apa ukurnya panjang si akal
silap caturan dirikan rebah



tawar hatiku untuk bicara, 

senyum segaris pun tidak sudi, 
mawar berduri punya angkara, 
sengat si keli tidak menjadi.




bersilat pencak si anak teruna
di atas pelamin pengantin bersanding
latihan intensif sangatlah berguna

persiapan rapi untuk bertanding



hatiku gundah mengenang nasib

bagaikan telur d hujung taduk
pelbagai kalimah sudah ku ratib
agar si dia terus terduduk



 cantik si gadis ibarat ratu

jadi pilihan si bakal raja
sudah ku khabar pada encik satu
mawar berduri tak buat kerja



marah hati ku siapa yang tahu,

pedih bernanah takn terubatkan, 
eloklah kiranya ia begitu,
sindir berhemah kita lagukan.



sudahlah luntur semangat nak lawan

taringku patah hialngkan bisa
siapalah aku hendak melawan
mawar berduri punya kuasa



lynn Rahman
tinggi benar sarang tempua

dilastik messa jatuh ke batu
besar harapan nak kaut semua
biar aku caraskan satu persatu



besar harapan nk kaut semua

hendak caraskan satu persatu
pemberi saingan sudah kah bersua?
jangan nnt rebah salahkan batu..



berenang-renang si anak ikan

hidupnya aman di dalam kolah
kuasa veto mawar gunakan
siapalah kita ikut sajalah



MERAH MAWAR "BUSUK" BAUNYA

MAWAR Y ELOK HARUS D SIMPAN
SIAPAKAH GERANGAN HATIKU BERTANYA
PEMBERI SAINGAN PEMUSNAH HARAPAN




-zap-

3 comments:

messa said...

hahaha.. mawar tak berduri tu.. tunjuk kan la duri nya skali beb!

:N:A:Z:R:U:L:aziz: said...

duri harus d simpan..
takut nnti ade y trluka
parah kemudian hari

senandung semalam said...

stju ngan messa..
hahaaa