TeMaN..

Wednesday, July 28, 2010

LAMBAT UPDATE >> KARYAKU MENANG D BLOG ANUAR KAMARUDDIN

ENTRY NI PATUT 
dh lama ak publish
tp lupe plak
huhu
karya aku
MENITIS EMBUN TUJUH DAHAN
telah dipilih oleh BLOGGER JUGA PENULIS 
ANUAR KAMARUDDIN
as pemenang d blog beliau




UCAPAN TAHNIAH
 KOMEN AKU

http://www.anuarkamaruddin.com 


NI ADIAH Y DAPAT

NOVEL FROM NBkara








-zap-

KARYA AKU D PAGE AKSARA KERAIAN...

HUHUU
karya aku d page AKSARA KERAIAN
1 page y memuatkan karya2 novel on9, cerpen, and puisi
di page ini bakat2 baru d cungkil dalam bidang penulisan



http://www.aksarakeraian.com/2010/07/ku-lihat-dia-terbaring.html







http://www.aksarakeraian.com

-zap-

SULAMAN KATA.. [pantun menyindir]

dicipta oleh nazrul aziz lynn rahman marissa hassan





sakit bagaikan tertusuk sembilu

mengenang nasib orang tak hendak
resah hatiku mengundang pilu
entah terpilih entahkan tidak



 pilu hatiku sungguh gelisah

gundah rasanya tidak terkira
kami berempat bakal dipisah
si ros pemalas yg punya angkara



pilu hatiku tidak terkata,

kalaulah kaca sudah bersepai,
hati2 dgn post anda,
org kan baca juga menyampai



Marissa Norhasan 
huahhahaha.. 


alang2 memaut dahan, 
biar sakit smpai ke lengan, 
alang2 da buat latihan, 

jangan lah tak jd beri saingan



 naik basikal membawa bekal

ditengah jalan bekalnya tumpah
apa ukurnya panjang si akal
silap caturan dirikan rebah



tawar hatiku untuk bicara, 

senyum segaris pun tidak sudi, 
mawar berduri punya angkara, 
sengat si keli tidak menjadi.




bersilat pencak si anak teruna
di atas pelamin pengantin bersanding
latihan intensif sangatlah berguna

persiapan rapi untuk bertanding



hatiku gundah mengenang nasib

bagaikan telur d hujung taduk
pelbagai kalimah sudah ku ratib
agar si dia terus terduduk



 cantik si gadis ibarat ratu

jadi pilihan si bakal raja
sudah ku khabar pada encik satu
mawar berduri tak buat kerja



marah hati ku siapa yang tahu,

pedih bernanah takn terubatkan, 
eloklah kiranya ia begitu,
sindir berhemah kita lagukan.



sudahlah luntur semangat nak lawan

taringku patah hialngkan bisa
siapalah aku hendak melawan
mawar berduri punya kuasa



lynn Rahman
tinggi benar sarang tempua

dilastik messa jatuh ke batu
besar harapan nak kaut semua
biar aku caraskan satu persatu



besar harapan nk kaut semua

hendak caraskan satu persatu
pemberi saingan sudah kah bersua?
jangan nnt rebah salahkan batu..



berenang-renang si anak ikan

hidupnya aman di dalam kolah
kuasa veto mawar gunakan
siapalah kita ikut sajalah



MERAH MAWAR "BUSUK" BAUNYA

MAWAR Y ELOK HARUS D SIMPAN
SIAPAKAH GERANGAN HATIKU BERTANYA
PEMBERI SAINGAN PEMUSNAH HARAPAN




-zap-

Tuesday, July 27, 2010

SELECTION??? OWH NO..........

TIBE2
DKHABARKAN PERLU DI"SELECTION" BALIK
TUK SAPA DAPAT WAKIL UNIMAP
BG PESTA PANTUN MAKUM 2010
DAH LE DATE TUK LAWAN NEXT WEEK
THEN
SELECTION BELUM TAW LAGI BILA
SKUNK KATANYA DAH ADE 6 ORG
NAK D PILIH JUZ 4 ORG
MATI AKUUUUU

 sakit bagaikan tertusuk sembilu
mengenang nasiB orang tak hendak
resah hatiku mengundang pilu
entah terpilih entahkan tidak


Saturday, July 24, 2010

Friday, July 23, 2010

SULAMAN KATA..


‎"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa [iman dan amal soleh] (AZ-ZUKHRUF ayat 67)


-zap-

GAMBAR HARI INI..


-zap-

Tuesday, July 13, 2010

KaWaN..


Sepanjang perjalanan kehidupan,          
ku temu pelbagai rupa kawanku.          
gemuk, kurus, panjang, pendek,          
lawa, kacak, hodoh, ayu, sayu          
Bersikat, bertudung…          
akan sejenak ku terfikir…          
manakah satu…..          
rupa yang akan menjadi kawanku yang setia..          
yang gemuk atau kurus?          
yang pendek atau panjang?          
yang lawa atau hodoh?          
yang bersikat atau bertudung?          
diriku dalam dilema….          
setelah difikir berkali…          
tersedar diriku…          
kadang-kadang sesuatu yang indah tak sebetul-betulnya indah          
dan……          
kadang-kadang sesuatu yang buruk tak sebetul-betulnya buruk          
kadang-kadang yang kacak tak selalunya betul..          
kadang-kadang yang lawa tak selalunya baik          
kadang-kadang yang hodoh tak selalunya jahat          
kadang-kadang yang bertudung tak selalunya jujur          
dalam hidup ini perlulah berhati-hati…          
mencari kawan memang senang…          
tetapi mencari kawan yang setia          
umpama mencari jarum dirumput yang kering...          
berusahalah untuk mencari kawan yang setia...Cool